Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.

(Lawak Jenaka) Gadis Melayu Senang Kena Histeria dan Rasuk

(Lawak) Gadis Melayu Senang Kena Histeria dan Rasuk

Kes rasuk dan histeria ini berlaku di ruang pelajar perempuan membasuh kain di sebuah Asrama Puteri. Kebanyakan yang dirasuk adalah pelajar Melayu dan tidak pernah berlaku kepada pelajar Cina dan India.
Di mana salahnya…

Kita ikuti percakapan antara seorang bomoh dengan jin… Kenapa dia suka merasuk pelajar Melayu saja? Suatu hari seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin-jin yang berlegar-legar di asrama yang merasuk pelajar-pelajar.

Ketika sampai, dia pun membaca mantera. Dia memanggil ketua jin. Lalu ketua jin pun datang dengan menunjukkan wajah yang begitu hodoh dan jijik.Hinggakan ketua bomoh yang berpengalaman pun nak hampir pengsan melihat wajah brutalnya itu.
Tapi ketua bomoh itu menguatkan semangatnya. Lalu ketua bomoh itu bertanya dengan suara yang nyaring dan kuat, menampakkan semangat yang tidak kendur walaupun jin itu menampakkan wajah yang amat mengerikan.

“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah ini hah?

Jawab!!!

Kenapa Gadis Melayu yang menjadi sasaran kau wahai setan yang di rejam..?”

Dengan menarik nafas yang panjang ketua jin pun menjawab..
“Siapa bilang Gadis Melayu tak menawan.. Tak menarik hati, tiada memikat”
“Kalaulah memang, tak mungkin aku tertarik… Kalaulah sungguh, tak mungkin aku merasuk,”
“Aduhai……. Kekekekkkkeeee”

Gambar Lawak Hari Ini (Koleksi Gambar Lucu)

Gambar Lawak (Koleksi Gambar Lucu)

Gambar Lawak (Koleksi Gambar Lucu)

Gambar Lawak (Koleksi Gambar Lucu)
Gambar Lawak (Koleksi Gambar Lucu)
Gambar Lawak (Koleksi Gambar Lucu)


Gambar Lawak Hari Ini. Gambar Lucu Hari Ini.
 Foto lucu yang mencuit hati.

KISAH LAWAK: SIAPA KATA LELAKI PELUPA?

SIAPA KATA LELAKI PELUPA?

Pada suatu hari sepasang suami isteri keluar shopping untuk persiapan majlis hari jadi si isteri. Sedang si isteri sibuk mencari kain langsir baru, tiba-tiba dia tersedar yang suaminya sudah hilang.

Panik, si isteri menelefon suaminya...

Isteri: Abang... abang kat mana? Jangan la pergi mana-mana. Kita ada banyak benda nak beli ni!

Suami: Ayang... ingat lagi tak 5 tahun lepas... sehari sebelum hari jadi ke-25 ayang... kita ada lalu depan sebuah kedai emas yang jual seutas rantai emas bertatah 3 biji berlian berharga RM70,000... dan abang berjanji satu hari nanti abang akan belikan untuk ayang?

Dengan berlinangan air mata dan penuh syahdu, si isteri hanya mampu berkata "ye bang... saya masih ingat".

Lalu si suami membalas "Baguslah ayang ingat. Abang tengah minum teh tarik kat tepi kedai emas tu. Haus."



Jokes