Budak Paling Bodoh Di Dunia

Budak Paling Bodoh

Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.

Mamak: “ Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia ”

Pelanggan: “ Naper awak cakap macam tu mamak? ”

Mamak: “ Awak tgk ni.. ” sambil memanggil Ajoi datang kepadanya.

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “ Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana? ”

Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

Mamak:” Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha! ” Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.

Sumardi: “ Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu? ” Ajoi: “ Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu.


Kisah Lawak Lucu


Ajoi: " Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1. Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat. ”

Sumardi: " Kau lah budak yang paling bijak dalam dunia, dalam KEBODOHAN kau ada KEBIJAKSANAAN kau.

4 ulasan:

  1. hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
    hehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehehe

    BalasPadam
  2. yang paling bodoh siapa

    BalasPadam
  3. Hahaha..................

    BalasPadam
  4. Mamak la yang bodoh hahahaha

    BalasPadam