-->

Kisah Pekerja Yang Pemalas

Kisah Pekerja Yang Pemalas

Di sebuah workshop motosikal.... Tokey Huat menpunyai tujuh orang pekerja lelaki. Malangnya kesemua tujuh pekerjanya itu mempunyai sifat malas yang teruk.

Suatu hari Tokey Huat mendapat idea untuk mencari siapa diantara mereka bertujuh yang paling malas.

Tokey huat : "Saya ada satu kerja paling mudah khas untuk yang paling malas diantara kamu.."

Tokey Huat menyambung : "Siapa yang merasakan diri mereka paling malas.. sila angkat tangan.."

Enam dari mereka mengangkat tangan. Tinggal seorang sahaja yang tidak mengangkat tangannya. Tokey huat kehairanan dan bertanya..

Tokey Huat : "Kenapa kamu tidak mengangkat tangan?"

Lelaki ke tujuh : "Ohh.. itu adalah satu perkara yang paling susah untuk di buat"

Kisah Lawak Jenaka

Tiada ulasan