-->

(LAWAK) Suami Malas Isteri Rajin

Suami Malas Isteri Rajin
Alina meminta suaminya Tajol mengecat rumahnya yang telah pudar. Tajol memberi alasan demi alasan bagi menolak permintaan alina..

Alina : "Abang.. dah 6 bulan saya minta abang catkan baru rumah kita.. tapi abang asyik cakap.. gaji tak cukup la.. nak beli itu ini la... macam-macam... kalau dah susah sangat.. abang belikan je cat.. biar saya yang cat semuanya.."


Kerana tak tahan dengan permintaan Alina... Tajol akhirnya membeli 3 tin besar cat dan menyerahkan kepada Alina...

Keesokannya Alina mula mengecat rumah... dia memanjat tangga dan mengecat bahagian atas...Tajol duduk di dapur sambil makan dan minum air jus tembikai...

Tiba-tiba jiran sebelah rumahnya seorang wanita melintas di dapur dan ternampak tajol sedang makan dan minum air jus tembikai sedangkan isterinya sedang memanjat tangga mencecat rumah.

Jiran : "Kamu ni Tajol... tak tahu malu ke.... Alina susah payah memanjat tangga mengecat.. kamu bersenang lenang minum air jus tembikai di dapur"

Tajol : "Err.. err... alina cakap dia tak minum jus tembikai..."

Jiran: #@$@%

Tiada ulasan