-->

Lawak Anak dan Emak : Jatuh Kerusi

JATUH KERUSI

Hari ini adalah hari pertama persekolahan. Sebagai seorang pelajar yang baru masuk sekolah, pengalaman pertama ialah bertemu dengan ramai rakan baru. Tentu seronok dapat berkawan dan bermain bersama. Jadi, sebaik sahaja pulang sekolah, seorang anak lelaki segera memberitahu ibunya tentang pengalaman pertama hari itu.

Anak : Ibu, sewaktu di sekolah tadi ada seseorang pelajar jatuh dari kerusi.

Ibu : Apa yang terjadi selepas itu?

Anak : Semua orang ketawa, kecuali saya.

Ibu : Bagus! Kamu anak ibu yang baik (sambil mencium dahi anaknya). Itulah sifat yang baik dan perlu kamu lakukan. Kita tidak boleh mentertawakan orang lain terutama jika seseorang itu dapat kemalangan seperti itu. Errr!kenapa kamu tak ketawa seperti orang lain?

Anak : Saya terlalu marah, bu!

Ibu : Eh, kenapa pula??

Anak : Sebab yang jatuh itu adalah saya.

Ibu : Hmm! patutlah!

1 ulasan

Budo pnya ank