Kisah Lawak Cikgu dan Murid : Subjek Kucing

Seorang cikgu berbincang dengan murid-muridnya tentang subjek binatang.

Cikgu: Murid-murid… tahukah kamu binatang apa yang suka makan ikan?

Murid: Kucing cikgu..

Cikgu: Bagus. Boleh beritahu cikgu, kucing ada berapa mata?

Murid: Dua Cikgu..

Cikgu: Pandai! Sekarang beritahu kucing ada berapa kaki?

Murid: Empat cikguuu..

Cikgu: Pandaaaii.. sekarang bagitahu cikgu, kucing ada berapa telinga?

Tetibe seorang murid berdiri.

Murid: Cikgu, boleh saya tanya satu soalan?

Cikgu: Boleh. Tanya lah. Murid:

CIKGU TAK PERNAH TENGOK KUCING KE??!!!


Cikgu: ##@#$%Z&~~

3 ulasan: