Lawak tidak henti-henti ketawa tapi sorang tak mahu ketawa

Lawak tidak henti-henti ketawa

Dalam sebuah pertunjukan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan. Oleh kerana merasa tidak puas hati

Seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.


"Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? ” tanya seorang gadis kepada wanita itu

“Sungguh kelakar,”jawab wanita itu singkat. “Tetapi kenapa kakak tidak ketawa?

 Apakah kakak sakit gigi? “tanya gadis itu lagi. “Tidak..”, jawab wanita itu.

 “Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa”, gadis itu masih tak berpuashati

“Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? ” getusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan