Kisah Lawak Kemalangan

Kisah Lawak Kemalangan


Seorang pemuda yang suka merakam segalanya di video kamera ingin melihat dan merakam satu kemalangan. 

Tapi malangnya dia sudah terlambat. Tempat kemalangan itu sudah dikerumuni ramai orang hingga tak ada ruang untuk mencelah.

Lalu pemuda itu memikir satu cara supaya dapat mencelah dan melihat dengan lebih dekat lagi.

Pemuda itu tiba-tiba mendapat satu idea bernas!

Dengan cemas pemuda itu merempuh orang ramai sambil menjerit  "KETEPI-KETEPI! SAYA ADALAH WARIS MANGSA!!"

Orang ramai pun berasa kehairanan. Dan setelah sampai di depan 'mangsa' kemalangan dia melihat SEEKOR BABI HITAM TELAH MATI DI LANGGAR KERETA.

Seorang budak memecah keheningan dengan berkata sejujurnya...

"Pakcik tu orang gila kot mama..."

Sekian...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan