-->

Kisah Lucu: Kisah Ulamak Dengan Pramugari

Ini adalah kisah humor yang ada nilai tauladan dan pengajaran

Kisah Ulamak Dengan Pramugari Cantik

Tersebutlah kisah seorang ulama yang menaiki kapal terbang untuk pergi ke sebuah negeri.

Sejurus tiba waktu solat, ulama tersebut pun ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk.



Tatkala beliau sedang mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama’ itu lalu menegurnya,

Pramugari: (Dengan suara yang agak keras) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu, sebab mengotorkan sinki. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!

Ulama’ : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari : (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ulama’ : (Dengan sifat bersahaja) saya mencuci kaki lima kali dalam sehari. Ini bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…

Pramugari: ??

2 ulasan

this is perfect!!

Betul..betul..betul