-->

(Lawak) Email dari kubur buat isteri tersayang

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.

Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara
dan teman-temannya.

Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Subject : Abang telah selamat sampai
Date : 28 Feb 2009

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer untuk Abang disini. Sekurang-kurangnya dapat juga abang hantar e-mail kepada Sayang bertanya khabar.  Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari  esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini  nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.  

10 ulasan

Kreatif.hahaa..telontang mak janda.hehee

hehehe...leh tahan gak leh gak la leret kan mulut nie tanda lawak ckit

Hahahaha ! Kreatif. .sapa jgax org yg bwt nie eyh . .

Hahahaha
Terkejut berok janda tu..

Satu edia yang baik leh wat novel..mesti laku gile punye

Ini sumer poyo... haktuihhhhh

Apak ko poyo...haktuihhh

lawak gk...hihihi..lau ad real cm tu..byk yg nk mati lu..hhahaha

lawak pecah perut ni...terbaek...hahaha