Teki-Teki Lawak Sengal

Teki-Teki Lawak Sengal

Soalan: Kereta dengan motor, mana lebih tua?
Jawapan: Motor, sebab motor pakai tongkat

Soalan:Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang bertelur dan beranak?
Jawapan:Siput babi. Siput bertelur, babi beranak.

Banyak-banyak ikan, ikan apa yang pemalu?
Jawapan: Ikan sardin sebab duduk dalam tin

Soalan: Apa yang kita potong tetap panjang?
Jawapan: Kacang panjang sebab dah potong takkan nak panggil kacang pendek pulak.

Soalan:Jika terjumpa mayat manusia dan bangkai haiwan yang seminggu baru jumpa, mana satu yang perlu tutup dulu?
Jawapan: Hidung sebab bau menusuk kalbu

Soalan: Cuba teka, mouse komputer, jantan ke betina?
JAwapan: Betina sebab dia pakai pad

Soalan: Dalam banyak banyak lembu, lembu apa yang semua petani cari?
JAwapan: Lembu hilang

Soalan: Apakah sesuatu itu apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring dia berdiri?
Jawpan: Tapak Kaki



Tiada ulasan:

Catat Ulasan